CERITA HANTU JUAL KUIH 6





Okey, cerita ni cukup popular dekat kolej student lelaki. Cerita dia macam ni. Macam biasa bila junior baru masuk, mesti akan ada program orientasi selama beberapa hari. Tujuannya tak lain tak bukan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim diantara junior dan senior.


Nak jadikan cerita, ada satu malam ni budak-budak senior nak buli ada sorang budakjunior. *Senior tu suruh si junior tu beli karipap kat tingkat tiga blok D. Dia cakap ada orang jual karipap sedap. Padahal, blok D tu tak pernah wujud pun. Saja nak test budak junior ni. So si senior ni pun gelak-gelak sakan lah apa lagi.



Then tiba-tiba lepas beberapa minit, budak junior tu datang bilik senior tu dengan sebilangan karipap yang disuruh beli kat tingkat 3 blok D yang tak wujud tadi tu. Seniorsemua pelik dan mula rasa lain macam.



Lepastu diorang tanyalah kat si junior tu mana dia dapat karipap tu. Junior tu cakap, dia beli kat tingkat tiga blok D kat seorang mak cik. Lepastu Mak cik tu siap bagi pesanan katjunior tu, 



"Cakap dengan senior awak, jangan buli budak junior tau."



Muka budak-budak senior masing-masing dah bertukar pucat. Rasa terkejut sampai menggigil satu badan. Persoalannya, kalau blok D tu tak pernah wujud, macam mana budakjunior tu boleh sampai situ?

HANTU 50

Dalam dunia ini ada makluk yang tingal dengan manusia ,kita tidak nampak mereka tetapi mereka nampak kita dan ada yang mengangu manusia...